- Teacher: Sri Wahyuni Marimun
- Enrolled students: There are no students enrolled in this course.
SINOPSIS:
Mata pelajaran ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar menghayati kehidupan sosial secara beretika dan mengamalkan apa yang dipelajari dengan mengambil kira pelbagai isu semasa dalam negara. Usaha melestarikan penghayatan etika dengan inovasi sosial secara holistik dan bersepadu menjadi keutamaan. Ia bertepatan dengan keperluan membina peradaban Malaysia yang tinggi.
Penilaian Pelajar:
1) Assignment (kajian kes) - 30%
2) Pembentangan (infografik) - 20%
3) Kuiz - 20%
4) Final Exam - 30%
- Teacher: Sri Wahyuni Marimun
- Enrolled students: 189
Subjek Khidmat Masyarakat membincangkan konsep projek khidmat masyarakat, penyediaan kertas cadangan dan ciri projek yang berkesan. Tujuan kursus ini adalah untuk memberi kefahaman dan penghayatan dalam melaksanakan projek pelajar terhadap keterlibatan masyarakat. Pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan dalam talian (online), perbincangan kumpulan, pembelajaran berasaskan pengalaman melalui aktiviti kumpulan dan semangat kesukarelaan. Pada akhir kursus ini, diharapkan pelajar dapat mengamalkan nilai dan etika, kepimpinan dan kerja berpasukan serta tanggungjawab sosial.
- Teacher: Afiq Nazrin bin Nor Rizlan
- Teacher: Sri Wahyuni Marimun
- Enrolled students: 130
Kursus Dinamika Eksekutif ini merangkumi penulisan resume dan juga surat lamaran yang penting bagi pelajar sebagai persesdiaan untuk mencari pekerjaan pertama. Pembelajaran subjek Ini juga membantu pelajar untuk merasa lebih yakin semasa sesi temu duga. Selain itu, pelajar turut akan diajar mengenai etika dan usaha meningkatkan ketrampilan diri yang baik. Bukan itu sahaja, subjek ini akan menerangkan pelajar bahawa pentingkan komunikasi dan meningkatkan keyakinan pelajar di dalam pengucapan awam.
- Teacher: Azizah binti Abd Latip
- Enrolled students: 76
Kursus ini membincangkan tentang hakikat manusia dan kepentingan agama dalam kehidupan manusia. Kursus ini merangkumi konsep kejadian manusia serta keindahan dan kesempurnaan manusia. Pelajar juga didedahkan dengan kepelbagaian agama di Malaysia . Objektif mata pelajaran ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai moral yang tinggi ,berakhlak mulia dan beretika menurut agama. Sekaligus, membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.
- Teacher: Azerah Badin
- Teacher: Afiq Nazrin bin Nor Rizlan
- Teacher: JONATAN BIN JESUS
- Teacher: Dr Aszlan Selamat
- Enrolled students: 97
Kursus ini menghuraikan tentang warganegara Malaysia yang berwawasan dan mampu menghadapi cabaran ke arah mencapai kesejahteraan hidup serta dapat menghayati peranan Malaysia di peringkat antarabangsa. Kursus ini memberi penghayatan tentang sejarah dan politik, perlembagaan Malaysia, kemasyrakatan dan perpaduan, pembangunan Negara dan isu-isu keprihatinan Negara. Objektif mata pelajaran ini adalah untuk melahirkan warganegara yang setia dan cinta kepada Negara, berwawasan, bangga sebagai rakyat Malaysia, mampu menghadapi cabaran kearah mencapai kesejahteraan hidup serta dapat menghayati peranan Malaysia di peringkat antarabangsa.
- Teacher: Sri Wahyuni Marimun
- Teacher: Dr Aszlan Selamat
- Enrolled students: 201
Kursus ini adalah wajib untuk para pelajar di IPTS. Kursus pengajian Islam disediakan untuk menjelaskan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan seimbang dan bersepadu. Kursus ini turut menjelaskan kepada pelajar bahawa Islam sebagai sebuah peradaban dan tamadun dalam membina kekuatan ummah serta melengkapkan diri mereka dalam menghadapi cabaran semasa.
- Teacher: Luqman Hakim Bin Mohd Noh
- Teacher: Sri Wahyuni Marimun
- Teacher: Dr Aszlan Selamat
- Enrolled students: 137
- Teacher: Sri Wahyuni Marimun
- Enrolled students: 3