Site announcements
MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR
Berikut adalah jadual perjalanan bas NBUC bagi sesi Mei-Julai. Diminta semua pelajar untuk mengikuti jadual perjalanan yang telah ditetapkan.
MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR
Berikut adalah jadual perjalanan bas NBUC bagi sesi Mei-Julai. Diminta semua pelajar untuk mengikuti jadual perjalanan yang telah ditetapkan.
26 JUN 2022 (Ahad) -Pensyarah Mata Pelajaran Umum (MPU), Cik Khairunisa Kamsin telah mengadakan program gotong-royong membersihkan Pantai Kuala Putatan 2D bersama pelajar bagi subjek Khidmat masyarakat. Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tersebut turut disertai oleh 4 orang pensyarah lain serta melibatkan seramai 142 orang pelajar dari pelbagai fakulti yang berlainan.
Antara tujuan program ini:
01 JULAI 2022 (Jumaat) -Majlis Anugerah Dekan bagi sesi akademik 1/2022 telah berjalan dengan lancar dibawah anjuran Hal Ehwal Akademik (HEA) yang bertempat di Dewan Oxford Teater, NBUC. Seramai 147 orang pelajar telah menerima sijil dekan mengikut fakulti dan 5 orang pelajar telah terpilih sebagai pelajar terbaik, dimana pelajar tersebut dinilai berdasarkan prestasi pembelajaran serta penglibatan dalam bidang kokurikulum.
Pihak kolej mengucapkan syabas dan tahniah kepada para penerima Anugerah Dekan ini. Diharapkan mereka dapat menjadi contoh kepada pelajar lain dan sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat semua untuk terus berusaha dan cemerlang bersama dimasa hadapan, baik dari segi akademik mahupun kokurikulum.
Link Gambar: https://drive.google.com/drive/folders/1ZAN0Cj8IHTv6iKllOrJA5gvkT2BpEICX?usp=sharing
02 JULAI 2022 (Sabtu) -Pensyarah mata pelajaran umum (MPU), madam Julianah Rasmih telah menganjurkan satu lawatan outing bersama pelajar bagi subjek Dinamika Eksekutif bertempat di Zoo Lokawi Wildlife Park, Kota Kinabalu. Seramai 104 orang dari pelbagai fakulti terlibat dan diiring bersama 4 orang pensyarah. Lawatan tersebut juga diisi dengan aktiviti multistation.
31 OGOS 2022 (Rabu) - Seramai 40 pelajar dari Fakulti Keselamatan & Tadbir Urus (FaSEG), Kolej Universiti Borneo Utara (NBUC) telah menyertai perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Sabah. . Kontinjen Perbarisan NBUC diiringi oleh En Ashar Zabri Bin Bahar (Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Pelajar, NBUC) & En Jonathan Jesus (Pensyarah Fakulti Keselamatan & Tadbir Urus - NBUC).
NBUC mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada pelajar Fakulti Keselamatan & Tadbir Urus - NBUC (FaSEG) di atas komitmen mereka dari masa latihan sehingga hari kemerdekaan hari ini. Semangat dan kecekalan yang ditunjukkan oleh pelajar hari ini adalah bukti semangat patriotisme dalam diri mereka yang cintakan negara Malaysia ini.
16 SEPTEMBER 2022 (Jumaat) -Pensyarah Mata Pelajaran Umum (MPU), Cik Sri Wahyuni Marimun telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Muzium bersama pelajar subjek TITAS sempena menyemarakkan lagi Hari Malaysia yang disambut pada 16 September. Rombongan tersebut disertai seramai 7 orang pelajar dan 1 orang pensyarah, dimana lawatan tersebut bermula pada jam10 pagi sehingga jam4 petang.
08 OKTOBER 2022 (Ahad) - Program ‘Exposing The Hos’Tou and Learning The Culture With Community Event’ telah dianjurkan oleh 15 pelajar North Borneo University College - NBUC di Rumah Budaya Liwan Ranau.
Program ini diketuai oleh Ave Wenddy Lijamin, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel dan Resort Antarabangsa, NBUC. Turut serta sebagai jurupandu dan pengiring kepada pelajar NBUC ialah Ms. Dewie Trieana Arfianie Azahar (Pensyarah Hospitaliti dan Pelancongan NBUC) dan bersama beberapa lagi pensyarah lainnya.
21 OKTOBER 2022 (Jumaat) - Pementasan TEATER MUZIKAL HUMINODUN 'Myth and It's Magic' telah disertai oleh Encik Chonnel George iaitu Pensyarah Muzik NBUC, saudara Dennis Arnold Teo Kok Phang, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Keselamatan & Penguatkuasaan serta Harrison Bryan Herman, pelajar Diploma Muzik North Borneo University College - NBUC.
Teater Muzikal Huminodun "Myth and It's Magic ini telah dipentaskan di Auditorium Kompleks JKKN Sabah selama tiga hari bermula pada 21 Oktober sehingga 23 Oktober 2022 yang lalu.
11 JUN 2022 (Sabtu) -Pensyarah fakulti FACIT yang diketuai oleh Prof. Madya Disment Edward telah menjalankan satu program berkelah bersama pelajar selama dua hari bermula dari 11/06/2022 sehingga 12/06/2022 bertempat di Papas Eco Camp Marahang,Kota Kinabalu. Terdapat 11 orang pelajar dan 2 orang pensyarah lain Cik Celestina dan Cik Lyiana yang turut terlibat sama. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk:
Link gambar:
https://drive.google.com/drive/folders/1QurNW6KjKVP3_Ya8L8uSuGRVk8FjRity?usp=sharing
30 JUN 2022 (Khamis) -Kolej Universiti Borneo Utara (NBUC) berbesar hati dan berterima kasih kepada Kem Wawasan Negara Kundasang, Institut Pembangunan Kepimpinan dan Kecemerlangan (I -LEAD), Kementerian Belia dan Sukan kerana telah melaksanakan Program Seminar Profesionalisme Kerjaya yang berlangsung di Dewan Oxford Teater, NBUC dan telah dihadiri oleh 120 pelajar.
Program seminar ini bertujuan membantu pelajar dalam usaha memberi kefahaman dan persediaan ilmu untuk kerjaya yang merangkumi kemahiran insaniah (soft skills) dan seterusnya membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam bidang kerjaya selepas tamat pengajian.
08 JULAI 2022 (Jumaat) -Sesi Penilaian Akhir Semester bagi kursus muzik iaitu "Principal Instrument" dan "Instrumental Ensemble" telah berlangsung di Dewan Oxford Teater, dimana seramai 8 orang pelajar telah dinilai berdasarkan pencapaian dan kebolehan masing-masing memainkan intrument musik.
Sesi penilaian tersebut dinilai oleh dua orang panel, Encik Chonnel George dan Encik Richard Antanaim iaitu pensyarah muzik dari fakulti Hospitaliti dan Pelancongan (FAHOT).
20 SEPTEMBER 2022 (Isnin) -Program Orientasi Pelajar Baru Intake September 2022 yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dibawah seliaan En. Ashar daripada Unit kaunseling,NBUC telah diadakan selama dua hari bermula 20 September 2022 sehingga 21 September 2022. Program tersebut melibatkan seramai 100 lebih pelajar baru dan pelbagai pengisian serta aktiviti yang menarik.
7 OKTOBER 2022 (Jumaat) - Bertempat di Dewan Auditorium Borneo North Borneo University College telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen & Baju kepada Pasukan North Borneo University College, Sempena Kejohanan Masiswa Zon Sabah 2022.
Prof Madya Doretty R. Jiroh, C.E.O North Borneo University College telah berbesar hati hadir menyempurnakan Upacara Penyerahan Bendera Kontinjen dan Baju Kepada atlet NBUC. Bendera Kontinjen telah di serahkan kepada Prof. Madya Gs. Almeezan Zahry Bin Acho, selaku Ketua Kontinjen NBUC ke Kejohanan Sukan MASISWA ZON SABAH 2022.
16 OKTOBER 2022 (Ahad) - Kolej Universiti Borneo Utara (NBUC) telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Sukan Masiswa Zon Sabah 2022 dengan kutipan sebanyak empat pingat emas, satu perak dan satu gangsa menyaksikan mereka menewaskan 17 institusi pengajian tinggi lain dalam acara pelbagai sukan yang berakhir di Stadium Likas.
Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu menduduki tempat kedua keseluruhan dengan dua pingat emas, tiga perak, dan satu gangsa, diikuti oleh Kolej Universiti Jesselton dengan 2 emas, 1 perak, dan 1 gangsa. Isteri Ketua Negara Sabah, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni, menyampaikan hadiah kepada pemenang keseluruhan sebelum menutup temasya secara rasmi. Antara yang hadir ialah wakil Kementerian Pengajian Tinggi, pekan Dato' Dr Bin Ramli. Prof Dato' Ts Dr Mohd Zamri Yusoff the President of Malaysia Private Universities Sports Council (MASISWA) and Prof Datuk Dr Gs Mohaizi Mohamad, President of Geomatika Edu Group.
26 OKTOBER 2022 (Rabu) - Majlis Apresiasi Atlet Kolej Universiti Borneo Utara (NBUC) bersama sukarelawan berlangsung diBorneo Auditorium bagi meraikan kejayaan para atlet yang terlibat semasa Sukan Masiswa Zon Sabah 2022 yang lepas.
Majlis tersebut disempurnakan oleh CEO NBUC, Prof. Madya Doretty R. Jiroh dengan menyampaikan sijil berserta insentif kepada atlet yang terlibat. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pengurus sukan dan staf yang lainnya.
17 FEBRUSRI 2023(Jumaat) -Majlis Anugerah Dekan bagi sesi akademik 8/2022 telah berjalan dengan lancar dibawah anjuran Hal Ehwal Akademik (HEA) yang bertempat di Dewan Cambridge, NBUC. Seramai 114 orang pelajar telah menerima sijil dekan mengikut fakulti dan 5 orang pelajar telah terpilih sebagai pelajar terbaik, dimana pelajar tersebut dinilai berdasarkan prestasi pembelajaran serta penglibatan dalam bidang kokurikulum.
Pihak kolej mengucapkan syabas dan tahniah kepada para penerima Anugerah Dekan ini. Diharapkan mereka dapat menjadi contoh kepada pelajar lain dan sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat semua untuk terus berusaha dan cemerlang bersama dimasa hadapan, baik dari segi akademik mahupun kokurikulum.
Link Gambar: https://drive.google.com/drive/folders/1MCY8JRsMIfeGNwI26Skrsv5s5mRCWvpq?usp=share_link