BAHASA MELAYU KOMUNIKASI -PELAJAR ANTARABANGSA (FOUNDATION /MPU 1133)

Menerusi mata pelajaran Bahasa Melayu Komunikasi ini pelajar akan mengetahui sejarah perkembangan Bahasa Melayu, sistem bunyi, sistem  ejaan Rumi bahasa Melayu, kosa kata dan tatabahasa bahasa Melayu di samping dapat mendengar dan memahami pertuturan bahasa Melayu dalam pelbagai situasi. Memenuhi keperluan MQA (1996) bertujuan untuk menaiktarafkan penggunaan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dalam kalangan penutur pelajar asing.

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI 1 -PELAJAR ANTARABANGSA (DIPLOMA /MPU 2143)

Kursus ini membolehkan pelajar berkomunikasi dalam bahasa Melayu asas yang meliputi situasi kehidupan harian pelajar bukan warganegara di Malaysia. Kebolehan menguasai dan berkomunikasi dalam bahasa melayu akan memudahkan urusan dalam pelbagai situasi harian. Kursus ini bertujuan untuk membolehkan pelajar berkomunikasi dalam bahasa melayu asas yang meliputi situasi kehidupan harian pelajar bukan warganegara di Malaysia. Pelajar juga boleh berinteraksi menggunakan Bahasa Melayu dan dapat membaca serra memahami ayat Bahasa Melayu mudah. Di samping itu, pelajar juga boleh menulis karangan pendek dengan menggunakan ayat mudah berkaitan kehidupan seharian.